Tuesday, December 22, 2009

iwak betik Malaysia RM 20/kg atau 60rb/kg

iwak betik di Malaysia RM 20/kg atau Rp 60.000. & mereka memproduksi bibit dan membudidayakan

IKAN PUYU
Nilai ikan puyu kacukan
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanterengganu@utusan.com.my

MOHD. Nizam (kiri) dan Mohd. Asri Mahadzir menunjukkan telur ikan puyu dalam tangki di Felda Jengka 12, Maran, Pahang.

MARAN 20 April - Dalam kategori ikan air tawar, puyu atau betuk tidaklah sehebat ikan patin, kelah atau temoleh dari segi 'kegilaan' kaki pancing.

Ikan yang sering ditemui di sungai dan parit itu dianggap kurang berharga dan tidak menjadi rebutan di kalangan penggemar ikan darat.Namun tidak ramai yang tahu bahawa ikan puyu atau nama saintifiknya, Anabas Testudineus mempunyai nilai yang tinggi jika dapat diternak dalam bentuk komersial.

Ikan puyu kini semakin mendapat perhatian selepas beberapa usaha dijalankan untuk mengeluarkan hasil yang lebih bermutu. Maka tidak hairanlah ada ikan puyu yang dijual di sini berharga sehingga RM20 sekilogram berikutan saiznya yang lebih besar selain rasa yang lebih enak selepas beberapa eksperimen dijalankan. Semua itu dihasilkan selepas penubuhan pusat pembenihan ikan air tawar milik peneroka Felda Melor Jengka 12 di Bandar Jengka di sini sejak tiga tahun lalu.

Pusat pembenihan itu dikendali oleh Syarikat Khazanah Danau Rimba Enterprise (Khazanah Danau Rimba) yang dimiliki oleh peneroka Felda kawasan tersebut. Pengurus Kanan Khazanah Danau Rimba, Zainal Abidin Mansor berkata, tumpuan projek lebih kepada penternakan ikan puyu kerana ternakan itu berpotensi besar untuk dikomersialkan.

Menurutnya, ikan puyu yang sering ditemui di kawasan sawah padi, parit dan sungai mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun spesies itu seolah-olah kurang dipedulikan berbanding keli, sepat siam dan haruan.

Katanya, kebarangkalian pupusnya spesies ikan puyu mendorongnya menubuhkan sebuah syarikat pembenihan bagi menghasilkan benih ikan puyu secara komersial di samping menganjurkan kursus jangka pendek menternak ikan itu.''Felda menyediakan sebuah bangunan di kawasan seluas kira-kira tiga hektar di Felda Melor Jengka 12 untuk menjayakan projek penternakan dan pembenihan ikan puyu malah dijadikan lokasi tempat berkursus kepada peserta,'' katanya.


Zainal Abidin memberitahu, bangunan yang mampu menempatkan 40 peserta itu turut dilengkapi pejabat pentadbiran, bilik kursus, asrama, tangki pelbagai saiz sebagai peralatan utama ternakan ikan puyu.

Menurutnya, setiap kali kursus dianjurkan, sambutan amat menggalakkan apabila para peserta bukan sahaja datang dari Pahang tetapi juga dari luar termasuk Singapura. Beliau menambah, teknologi kacukan baka ikan puyu Thailand dengan spesies ikan puyu tempatan yang dihasilkan Khazanah Danau Rimba berjaya menghasilkan baka ikan puyu bersaiz besar.

Katanya, penghasilan ikan puyu bersaiz besar itu secara langsung membuka mata masyarakat terhadap potensi ikan itu boleh dikomersialkan apatah lagi rasa ikan itu lebih enak untuk dimasak dengan pelbagai resipi.''Berdasarkan kepada permintaan tinggi pasaran tempatan bermakna bidang penternakan ikan puyu kacukan boleh dikomersial untuk pasaran luar negara seperti Singapura,'' katanya.Menurutnya, ikan puyu kacukan amat berkhasiat di samping mudah dipelihara, tahan lasak dan kurang risiko untuk mati sekali gus memudahkan proses penjagaan ternakan itu.Tambah beliau, Khazanah Danau Rimba bukan sahaja menawarkan ikan puyu segar dewasa malah turut menyediakan benih-benih ikan puyu untuk diusahakan oleh penternak persendirian. Sehubungan itu, tambah beliau, golongan belia harus merebut peluang untuk mengusahakan ternakan ikan puyu kerana projek tersebut mampu memberi pendapatan lumayan kepada mereka.

Eksekutif Kanan Khazanah Danau Rimba, Mohd. Nizam Mahadzir pula berkata, projek ternakan ikan puyu secara terancang itu mampu melonjakkan harganya iaitu antara RM17 hingga RM20 sekilogram di pasaran. Katanya, misi Khazanah Danau Rimba untuk membantu pengusaha di kalangan warga Felda termasuk generasi baru, ibu tunggal, persatuan belia atau individu melaksanakan projek ini lebih serius.

''Bagi tujuan itu, Khazanah Danau Rimba melakukan roadshow, taklimat pembenihan dan menternak ikan puyu serta kursus mempelbagaikan produk untuk bersaing dalam pasaran global,'' katanya yang merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Mohd. Nizam menegaskan, objektif kursus bertujuan mempromosi ikan puyu kacukan ke pasaran tempatan dan antarabangsa sekali gus menjana pendapatan pengusaha.

Menurut beliau, menternak ikan puyu kacukan dalam tangki amat mudah dikendalikan oleh individu yang berminat untuk menambah pendapatan dengan hanya memanfaatkan persekitaran kawasan kediaman. Tambah beliau, usaha berterusan dilakukan bagi mempromosi ikan puyu kacukan di kalangan penduduk luar bandar di samping mewujudkan rangkaian perniagaan berasaskan produk ikan itu.

''Kami komited memantau perkembangan projek ternakan ikan puyu yang dikendalikan peserta kursus termasuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran bagi menjamin projek itu berjaya,'' katanya. Pembantu Kanan Khazanah Danau Rimba, Mohd. Asri Mahadzir optimis projek ternakan ikan puyu kacukan dalam tangki boleh diusahakan secara serius oleh peneroka dan pekebun kecil sebagai pendapatan tambahan.

Katanya, keyakinan itu tercetus berikutan permintaan ikan segar air tawar itu terus mendapat permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa berbanding bekalan yang ditawarkan terhad. Tambah beliau, ikan puyu jika diternak dalam bilangan yang banyak boleh menjamin pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

Dengan menggunakan teknologi pembenihan canggih, jelasnya, ikan puyu yang diternak dalam bilangan banyak boleh dijual di pasaran dalam tempoh empat bulan berbanding ikan air tawar lain.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, pihaknya berusaha mengkomersialkan ternakan ikan ketutu atau ikan ubi yang turut mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat Cina.

Sementara itu, seorang peserta, Nelson Ku, 35, dari Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru, Johor, amat teruja apabila mengikuti kursus menternak dan pembenihan ikan air tawar itu.''Saya sanggup bermotosikal dari Johor Bahru semata-mata untuk menambah pengetahuan mengenai ternakan ikan air tawar terutama puyu mengikut teknik yang betul,'' katanya. Menurutnya, kursus dua hari yang dikendalikan pakar dalam bidang itu banyak memberi maklumat berguna untuk projek secara komersial dan berskala besar.

Seorang lagi peserta, Noraini Mahadzir, 22, dari Felda Melor Jengka 12 beruntung apabila mengikuti kursus menternak dan pembiakan benih ikan air tawar itu kerana menerima banyak maklumat daripada golongan pakar dalam bidang itu. Para peserta, katanya, berpeluang mencuba melakukan proses pembenihan ikan puyu dan mengeluarkan telur ikan keli untuk dikacuk serta melihat peringkat pembesaran ikan dalam tangki.

''Projek ternakan ikan puyu dalam tangki ini boleh dilakukan sesiapa sahaja asalkan mempunyai kemahuan dan minat untuk mengkomersialkan bagi menambah pendapatan sambil mengurangkan belanja dapur,'' katanya. Tambahnya, pasaran ikan puyu adalah meluas kerana di Jengka sahaja terdapat banyak pekan sehari yang beroperasi di setiap tanah rancangan Felda yang mempunyai lebih 100,000 peneroka yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.

source; http://famanenterprise.blogspot.com/

Sunday, December 20, 2009

iwak betik ngganteng



sebutan ikan betok di beberapa negara;

Alalo Philippines Pangasinan
Alito Philippines Kuyunon
Arraro Philippines Ilokano
Atas Philippines Bikol
Bale belang Indonesia Makassarese
Betik Indonesia Javanese
Betok Indonesia Malay
Cá Rô d?ng Viet Nam Vietnamese
Cá ro dong Viet Nam Vietnamese
Cá rô dông Viet Nam Vietnamese
Climbing perch Bangladesh English
Climbing perch Sri Lanka English
Climbing perch India English
Climbing perch Malaysia English
Climbing perch Papua N Guinea English
Climbing perch UK English
Climbing perch USA English
Gutan Philippines Visayan
Kabai Nepal Nepali
Kallemutti India Malayalam
Karippidi India Malayalam
Karooppu India Malayalam
Kavaiya Sri Lanka Sinhalese
Khakoi India Khasi
Kletterfisch Germany German
Klätterfisk Sweden Swedish
Koi Bangladesh Bengali
Koi India Assamese
Koi India Bengali
Kranh Cambodia Khmer
Krucilan Indonesia Javanese
Laziec Poland Polish
Liwalo Philippines Kapampangan
Liwalo Philippines Tagalog
Martiniko Philippines Tagalog
Nga-bye-ma Myanmar Burmese
Nga-pri Myanmar Burmese
Pa kheng Laos Laotian
Panaiyeri kendai India Tamil
Pepuyu Malaysia Malay
Piit Philippines Maranao/Samal/Tao Sug
Pla mor Thailand Thai
Pla mor Thai Thailand Thai
Pla sadet Thailand Thai
Puyo Philippines Bikol
Puyo Philippines Maranao/Samal/Tao Sug
Puyo Philippines Tagalog
Puyo Philippines Visayan
Puyo-puyo Philippines Maranao/Samal/Tao Sug
Puyu Malaysia Malay
Ryba-polzun Russian Fed Russian
Tinikan Philippines Tagalog
Trey kranh Cambodia Khmer
Trey kranh srai Cambodia Khmer
Ukabi India Manipuri






Sunday, November 15, 2009

Ikan betok harga gila 70 rb/kilo!!!!!


Harga Ikan Sungai Melambung


Kapanlagi.com - Harga berbagai jenis ikan sungai di pasaran Banjarmasin terus bergerak naik dan memasuki hari keenam bulan Ramadhan 1429 Hijriah melambung. Pemantauan ANTARA pada sejumlah pasar ikan dan pasar tradisional di ibukota Provinsi Kalimantan Selatan itu,

Sabtu tercatat harga ikan pepuyu atau betok tercatat Rp65 ribu hingga Rp70 ribu/kg atau melebihi harga daging sapi yang hanya Rp60 ribu/kg.
Harga ikan haruan atau gabus dari semula Rp25 ribu/kg naik menjadi Rp33 ribu/kg, dan harga jenis ikan sungai lainnya juga terjadi kenaikan. Sedangkan harga ayam daging Rp24 ribu/kg dan ayam kampung Rp35 ribu/kg yaitu bertahan seperti harga awal bulan Ramadhan 1429 Hijriah. Kenaikan harga ikan sungai terkait sedikitnya persediaan di pasaran karena pasokan dari pedagang pengumpul juga berkurang karena para nelayan mengurangi aktivitas. Pasokan ikan sungai di pasaran Banjarmasin dari daerah sekyar seperti Kabupaten Banjar, Kabupaten Tanah Laut dan Kabupaten Barito Kuala. Pemantauan suasana sejumlah pasar di Banjarmasin memasuki hari keenam Ramadhan 1429 Hijriah berjalan normal dengan persediaan bahan kebutuhan seimbang dengan permintaan. Tidak terjadi pergerakan harga sembako, dan bahkan terjadi penurunan harga sayuran dan rempahan seperti bawang merah, bawang putih dan sayuran asal pulau Jawa. Terlebih program Disperindag Kalsel yang menyebar kegiatan pasar murah sembako pada seluruh Kecamatan di Kota Banjarmasin dan sekitarnya. Sebagian warga mengaku sementara membatasi berbelanja di pasaran, sambil menunggu jadwal pelaksanaan pasar murah sembako. (*/bee)

Harga ikan betok di banjarmasin stabil 55rb/kg

Harga Ikan Laut di Banjarmasin Turun
SELASA, 10 MARET 2009 | 08:07 WITA
Banjarmasin, Tribun Harga ikan hasil tangkapan di laut, kini turun di pasaran Banjarmasin, ibukota Provinsi Kalimantan Selatan (Kalsel). Seperti harga ikan peda di Pasar Sentra Antasari Banjarmasin, dengan ukuran besar yang sama pekan lalu Rp 18.000 per kilogram kini menjadi Rp 16.000 per kilogram, demikian dilaporkan, Senin (9/3). Namun bila dibandingkan dengan keadaan pekan sebelumnya lagi harga ikan peda sekarang masih tergolong mahal, karena ketika itu cuma sekitar Rp 12.000 per kilogram. Jenis ikan laut lain yang sedikit mengalami penurunan harga tersebut, antara lain tarkolo dari Rp 18.000 per kilogram menjadi Rp 16.000 per kilogram, perkembangan harga serupa terhadap kakap putih, kecuali kakap merah dari Rp 26.000 per kilogram menjadi Rp 25.000 per kilogram.
Sementara ikan hasil tangkapan di perairan umum air tawar masih tetap bertahan mahal atau sama dengan keadaan pekan lalu, seperti jenis ikan gabus (haruan) untuk ukuran besar (1 - 2 ekor dalam satu kilogram) Rp 40.000 per kilogram, dan papuyu (sejenis betok) ukuran besar (7 - 10 ekor dalam satu kilogram) Rp 55.000 per kilogram.
Kecuali ikan air tawar dari hasil budidaya agak sedikit murah, seperti patin segar Rp 13.000 per kilogram pekan sebelumnya Rp 14.000 per kilogram, ikan mas dan nila sama dari Rp 21.000 per kilogram menjadi Rp 20.000 per kilogram. Sedangkan daging ayam ras per ekor harga pekan lalu Rp2 0.000 kini dengan ukuran yang sama berkisar antara Rp 22.000 sampai Rp 24.000 dan daging ayam petelur dengan ukuran sama dari Rp 33.000 per ekor menjadi sekitar Rp 37.000 per ekor. Minah (35), pedang ayam potong di pusat perbelanjaan Antasari Banjarmasin, menyatakan, dirinya tak bisa menjual dagangannya seperti harga pekan lalu, karena membelinya pun sudah agak mahal. "Naiknya harga ayam potong mungkin ada hubungannya dengan perayaan Maulid Nabi Muhammad SAW, dimana warga banyak membutuhkan barang dagangan tersebut," ujar ibu dari tiga anak itu. (*)
Tribun Timur, Selalu yang Pertama

Ada peristiwa menarik?
SMS www.tribun-timur.com di 081.625.2233
email: tribuntimurcom@yahoo.com

Saturday, November 14, 2009

Edan!! iwak betik tembus 185 rb/kg!!


Harga betok sampe 185 rb!!!!!!
dibawah ini contoh harga ikan betok di iklan internet;

Katalog Produk: Ikan Betok / Anabas testudineus 23 Dec. 2008, 21:58:57
Kami menjual ikan betok hidup untuk ekspor maupun lokal harga Rp. 185.000, - / kg ( nego ) dalam keadaan hidup dan segar. Barang kami antarlangsung ke pemesan. minimal order 50kg. Tersedia dalam....

Permintaan Penawaran

CV.ASIA RAYA [Medan, Sumatera Utara, Indonesia]
Kami bergerak di bidang pemasaran produk dalam negeri ke luar negeri maupun dalam negeri dalam....